Friday, November 20, 2009

Program 3 Serentak MAPIM Selangor

MAPIM Selangor akan mengadakan tiga (3) program serentak pada 21hb November 2009 seperti yang berikut :

1. Seminar KeibubapaanSeminar keibubapaan yang diadakan secara ringkas ini memfokuskan kepada sasaran Pengetua, Yang Dipertua PIBG dan juga Ibubapa. Tujuan seminar ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran tentang mekanisme yang boleh diambil untuk memantapkan kemahiran keibubapaan. Seminar ini juga diharap dapat menjadi satu forum bagi membincangkan bagaimana menangani masalah sosial anak-anak yang dihadapi ibubapa dan pihak sekolah.

2. Perasmian MAPIM SelangorPenubuhan MAPIM Selangor adalah sebagai memenuhi fasal 4.2 di dalam perlembagaan MAPIM yang bertujuan untuk memperkembangkan lagi peranan yang boleh dimainkan MAPIM Selangor sebagai forum untuk meningkatkan kesedaran, keinsafan dan keyakinan ibubapa, keluarga serta masyarakat terhadap penghayatan dan perlaksanaan amanah dan tanggungjawab dalam pembangunan keluarga yang cemerlang.

3. Penubuhan Koperasi Ibubapa Selangor BerhadPerlaksanaan program untuk mendukung maksud dan tujuan penubuhan MAPIM khususnya di Negeri Selangor memerlukan dana kewangan yang kukuh untuk membiayai segala aktivti yang bakal dijalankan. Justeru, cara terbaik adalah dengan mewujudkan rangkaian perniagaan melalui aktiviti koperasi.Penubuhan Koperasi Ibubapa Selangor Berhad adalah sebagai platform kepada MAPIM Selangor bagi mengumpul dana kewangan melalui perniagaan. Dengan adanya koperasi ini, ia dapat membantu MAPIM Selangor untuk berdikari di dalam menjalankan aktiviti tanpa perlu bergantung pada tajaan individu, agensi, korporat sepanjang masa. Kami juga mengharapkan agar ia dapat membantu meningkatkan ekonomi ahli.


ANJURAN BERSAMA

  • Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Selangor
  • Persatuan Ibubapa dan Guru SMK SAAS

TARIKH, MASA dan TEMPAT

  • 21hb November 2009
  • 2.00 petang – 6.00 petang
  • Auditorium Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Kajang, Selangor

SASARAN PENYERTAAN

  • Pengetua Sekolah di Daerah Hulu Langat
  • Gurubesar Sekolah di Daerah Hulu Langat
  • Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah di Daerah Hulu Langat
  • Ahli MAPIM Selangor dan Daerah Hulu Langat
  • Awam

PERASMI

  • Yang Berhormat Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Ini merupakan program kedua MAPIM Selangor yang mana kami di barisan kepimpinan MAPIM Selangor mengharapkan dengan kerjasama yang erat dari ibubapa dan masyarakat setempat, maksud dan tujuan penubuhan MAPIM dapat dilaksanakan bagi kepentingan semua.

1 comment:

  1. Tahniah, dan selamat maju jaya. Semoga MAPIM dapat mencapai matlamat penubuhannya. Dr. Puad.

    ReplyDelete