Saturday, October 23, 2010

Friday, November 20, 2009

Program 3 Serentak MAPIM Selangor

MAPIM Selangor akan mengadakan tiga (3) program serentak pada 21hb November 2009 seperti yang berikut :

1. Seminar KeibubapaanSeminar keibubapaan yang diadakan secara ringkas ini memfokuskan kepada sasaran Pengetua, Yang Dipertua PIBG dan juga Ibubapa. Tujuan seminar ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran tentang mekanisme yang boleh diambil untuk memantapkan kemahiran keibubapaan. Seminar ini juga diharap dapat menjadi satu forum bagi membincangkan bagaimana menangani masalah sosial anak-anak yang dihadapi ibubapa dan pihak sekolah.

2. Perasmian MAPIM SelangorPenubuhan MAPIM Selangor adalah sebagai memenuhi fasal 4.2 di dalam perlembagaan MAPIM yang bertujuan untuk memperkembangkan lagi peranan yang boleh dimainkan MAPIM Selangor sebagai forum untuk meningkatkan kesedaran, keinsafan dan keyakinan ibubapa, keluarga serta masyarakat terhadap penghayatan dan perlaksanaan amanah dan tanggungjawab dalam pembangunan keluarga yang cemerlang.

3. Penubuhan Koperasi Ibubapa Selangor BerhadPerlaksanaan program untuk mendukung maksud dan tujuan penubuhan MAPIM khususnya di Negeri Selangor memerlukan dana kewangan yang kukuh untuk membiayai segala aktivti yang bakal dijalankan. Justeru, cara terbaik adalah dengan mewujudkan rangkaian perniagaan melalui aktiviti koperasi.Penubuhan Koperasi Ibubapa Selangor Berhad adalah sebagai platform kepada MAPIM Selangor bagi mengumpul dana kewangan melalui perniagaan. Dengan adanya koperasi ini, ia dapat membantu MAPIM Selangor untuk berdikari di dalam menjalankan aktiviti tanpa perlu bergantung pada tajaan individu, agensi, korporat sepanjang masa. Kami juga mengharapkan agar ia dapat membantu meningkatkan ekonomi ahli.


ANJURAN BERSAMA

  • Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Selangor
  • Persatuan Ibubapa dan Guru SMK SAAS

TARIKH, MASA dan TEMPAT

  • 21hb November 2009
  • 2.00 petang – 6.00 petang
  • Auditorium Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Kajang, Selangor

SASARAN PENYERTAAN

  • Pengetua Sekolah di Daerah Hulu Langat
  • Gurubesar Sekolah di Daerah Hulu Langat
  • Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah di Daerah Hulu Langat
  • Ahli MAPIM Selangor dan Daerah Hulu Langat
  • Awam

PERASMI

  • Yang Berhormat Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Ini merupakan program kedua MAPIM Selangor yang mana kami di barisan kepimpinan MAPIM Selangor mengharapkan dengan kerjasama yang erat dari ibubapa dan masyarakat setempat, maksud dan tujuan penubuhan MAPIM dapat dilaksanakan bagi kepentingan semua.

Kem Remaja Rakan Patriotik 2009

Kem Remaja Rakan Patriotik 2009 pada 6hb. - 8hb. Nov di Kem Bina Semangat Ampang, Pechah merupakan program pertama MAPIM Selangor dengan kerjasama IKSEP.

Thursday, November 19, 2009

Program Briged Puteri MAPIM yang lalu




Objektif Penubuhan MAPIM

Wawasan

Ke Arah Kecemerlangan Profesyen Ibubapa dan Pendidikan Keluarga

Objektif

Merangka pelan tindakan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang serta melaksanakan program MAPIM di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan ke arah melahirkan ibubapa dan keluarga kukuh, penyayang dan bermoral melalui pengembelingan iltizam dan sokongan semua pihak bagi meningkatkan martabat profesyen ibubapa.

Unsur-unsur Keteguhan Kekeluargaan

  • Kekuatan ikatan ibubapa dan keluarga
  • Kekuatan sumber ekonomi ibubapa dan keluarga
  • Kekuatan jihad ibubapa dan keluarga
  • Kekuatan dan kemantapan ilmu ibubapa dan keluarga
  • Kekuatan budi pekerti ibu bapa dan keluarga
  • Ketertiban ibubapa dan keluarga

Fokus

  • Mental
  • Jasmani
  • Rohani
  • Emosi
  • Nilai keibubapaan & kekeluargaan adalah aspek penting dalam masyarakat

Cabaran

  • Ibubapa penyayang dan mempunyai sistem keluarga yang kukuh
  • Ibubapa dan keluarga makmur yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan dinamik
  • Ibubapa dan keluarga yang beragama, bermoral dan beretika
  • Ibubapa dan keluarga yang inovatif, progresif dan berpandangan jauh
  • Ibubapa dan keluarga demokratik yang matang dan wajar dicontohi