Wawasan
Ke Arah Kecemerlangan Profesyen Ibubapa dan Pendidikan Keluarga
Objektif
Merangka pelan tindakan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang serta melaksanakan program MAPIM di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan ke arah melahirkan ibubapa dan keluarga kukuh, penyayang dan bermoral melalui pengembelingan iltizam dan sokongan semua pihak bagi meningkatkan martabat profesyen ibubapa.
Logo Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) adalah berbentuk imej grafik yang terdiri daripada satu elemen iaitu dua hati bercantum dengan menggunakan kombinasi empat warna iaitu merah, biru, kuning dan putih.
Gambar imej grafik ‘hati’ menggambarkan Sikap kepedulian, keprihatinan, cakna, keterbukaan, kesungguhan, mesra dan kasih saying MAPIM dalam memperjuang dan membangun serta memantapkan institusi kekeluargaan di Negara ini.
Dua hati yang bertaut dan bercantum rapat membawa erti keakraban dan keharmonian yang senantiasa dipupuk dan terjalin di antara ahli-ahli dan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) dengan semua pihak yang berkepentingan dalam merealisasi dan melahirkan modal insan kelas pertama serta masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Lima petak yang terbentuk melalui cantuman dua hati itu membawa erti MAPIM sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dalam perjuangan dan perlaksanaan semua program serta aktivitinya di sepanjang masa.